Friday 28 April 2017

Teknologi Terkini Ransang Minda Untuk Belajar Menggunakan Tona Bunyian!



Ransang minda untuk belajar menggunakan tona bunyian? Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana ia diaplikasikan? Hasil dari penyelidikan Ketua Kumpulan Penyelidik Diagnostik, Institute of Human Centered Engineering, Prof. Dr. Eko Suprianto ,  Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan aplikasi mudah alih Smart Learning Technology yang mengandungi tona bunyian bagi merangsang minda untuk belajar.

Aplikasi tersebut merupakan yang pertama di dunia bertujuan merangsang minda belajar sambil menikmati lebih daripada 50,000 saluran radio dari seluruh dunia.“Smart Learning Technology telah diuji di makmal kejuruteraan perubatan untuk pelajar lelaki dan perempuan berumur antara sembilan dan 24 tahun selama tiga bulan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. “Kajian juga dilakukan terhadap 25 pelajar di sebuah pusat tuisyen berumur antara sembilan dan 12 tahun mendapati pencapaian mereka meningkat hingga 90 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular Institut Jantung Negara di sini sebentar tadi.

Smart Learning Technology dibangunkan dengan kerjasama MinDec Research Sdn. Bhd. yang dilancarkan dua bulan lalu boleh dimuat naik menerusi Apple Store dan Google Play. Seramai 1,885 pengguna Android dan 400 OIS sudah memuat naik aplikasi itu yang boleh digunakan secara percuma selama sebulan dan selepas itu jika mereka berminat akan dikenakan bayaran sebanyak RM4.30 sahaja.

Anda boleh search di google play store anda dengan perkaaan    "Smart Learning Technology" atau klik pautan ini https://play.google.com/store/apps/details?id=sheikh.app.learning.smart.smartlearning
Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/utm-bangun-aplikasi-rangsang-minda-belajar-1.474791


Tuesday 27 December 2016

Pendaftaran Tuisyen 2017 Kini Dibuka - Pusat Tuisyen Positif

Pendaftaran Tuisyen 2017 Kini Dibuka - Pusat Tuisyen Positif

Jom daftar anak anda untuk persediaan menghadapi peperiksaan besar Malaysia! Tahun ini makin bertambah cabaran mental dan fizikal. Bersiap sedia atau anda bakal berhadapan kegagalan demi kegagalan.




Thursday 27 October 2016

Bengkel Teknik Menjawab SPM 2016 - 1 November 2016


Jom sertai Bengkel Teknik Menjawab SPM 2016 pada 1 November 2016
Call 018-9448996 atau Whatsapp "Book SPM" ke 011-28428471 untuk maklumat lanjut.



Sunday 2 October 2016

Seminar Pecutan PT3

Terima kasih kepada semua peserta Seminar Pecutan PT3 sebentar tadi , semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan nanti! Aaaminn.InsyaAllah..




Wednesday 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul - 12 rabi'ul awal 1437h

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
 



Tuesday 22 December 2015

Format Terkini UPSR Tahun 2016 - Bukan Lagi 5A Tapi 6A


Format Terkini UPSR Tahun 2016 mula digunakan bermula tahun 2016 ini dengan beberapa penambahbaikan. Dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan Format Terkini UPSR Tahun 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).



Format Terkini UPSR Tahun 2016 akan membabitkan 6 matapelajaran dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada 2 kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.



Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.



Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.


Informasi Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

§  -Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan

§  -Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan

§ - Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif

§ - UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

§ - UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)



Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.



Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016 

 





Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

 





Format Mata Pelajaran Matematik UPSR 2016

  


 INSTRUMEN CONTOH Format Baru UPSR 2016









§  SAINS SK


§  SAINS SJKT





sumber : http://www.sistemguruonline.my/2015/10/format-baru-upsr-2016.html