Wednesday, 14 January 2015

Cara Mengatasi Anak Pendiam dan Pemalu

Keratan Artikel oleh Teacher Ayu (http://www.excelqhalif.com/)

Seseorang yang pendiam atau pemalu adalah disebabkan oleh perubahan perasaan mereka di dalam interaksi ruang sosial yang menganggu perasaan selamat dalam diri mereka. Akibatnya mereka mengambil langkah untuk menghindari daripada situasi tersebut dengan mendiamkan diri atau statik.
Perlu diingat bahawa, sifat pemalu dan pendiam anak-anak bukanlah satu tingkahlaku atau karakter mereka. Oleh itu, ianya sangat penting bagi kita memahami perasaan dan emosi mereka dengan meletakkan diri kita sebagai seorang boleh dipercayai oleh anak-anak.
Apabila trust-bonding berjaya diwujudkan, dengan sendirinya emosi mereka akan stabil. Di sini saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengeluarkan perasaan takut anak-anak kepada selamat terutama di dalam kelas yang baru dan asing bagi mereka.




Tips ini boleh dipraktikkan secara teratur di rumah bersama anak-anak bagi mendapat impak yang berkesan.


1. Ajar anak anda bagaimana memulakan hubungan sosial dengan orang lain.
Bantuan daripada ibubapa sangat diperlukan bagi anak yang pendiam dan pemalu ini. Jika tidak, ianya akan menjadi satu seksaan kepada mereka untuk bergaul bersama rakan yang lain terutama di dalam kelas.
Bawalah mereka bersiar-siar di tempat awam seperti di taman rekreasi atau permainan, kompleks membeli belah, masjid dan sebagainya sekerap yang mungkin agar mereka tidak merasa janggal.
Ajarilah mereka untuk memberikan salam kepada orang lain apabila bertemu dan memulakan untuk bersalam tangan. Walaupun ianya nampak sangat enteng bagi orang dewasa, tapi bagaikan satu kejayaan yang besar bagi mereka

 2. Puji hasil kerja mereka dan pamerkan.
Setiap anak yang pendiam atau pemalu mendambakan perhatian. Mereka ingin merasakan diri mereka istimewa dan hebat dimata anda. Pujian di atas hasil kerja dihadapan ahli keluarga yang lain akan menambahkan keyakinan diri mereka.
Kemudian, pamerkan hasil kerja mereka di sudut yang mudah dilihat setiap hari seperti di ruang tamu atau dimeja makan.Setiap kali anda melihat hasil kerja itu, pujilah mereka dan ianya akan memberi kelainan yang besar dalam tahap keyakinan diri mereka.

3. Berkomunikasilah sebanyak yang mungkin bersama mereka
Antara elemen komunikasi yang paling mujarab adalah dengan bercerita. Setiap hari, luangkan dalam 30 minit untuk membaca buku cerita bersama anak-anak. Tunjukkan pada mereka cara bagaimana bercerita mengikut ekspresi watak di dalam buku cerita tersebut.
Contohnya, kelainan nada suara anda apabila menjadi nenek tua dan menjadi seorang kanak-kanak harus ditunjukkan dengan jelas.
Setelah itu, berikan mereka ruang untuk mereka bercerita pula kepada anda mengikut watak yang betul.
Mereka akan leka dan seronok melakonkannya dan secara perlahan-lahan keterampilan diri mereka untuk bercerita akan terserlah tanpa segan silu.
Setelah mereka selesai bercerita dengan jayanya, jangan lupa puji mereka di atas usaha mereka itu.
Jika ada masa anda boleh juga memberi mereka ganjaran atau hadiah di atas kejayaan mereka itu. Mungkin dengan belanja mereka makan ais-krim bersama.
Selamat mencuba !   :D

Sunday, 11 January 2015

Teknik Pelajar Cemerlang Selesaikan Kerja Harian

Download borang "To Do List" , klik sini -----> http://bit.ly/BorangToDoList



Kali ni cikgu nak share salah satu tips macam mana nak uruskan sesuatu kerja agar tidak terlupa dan paling best apabila semuanya dapat diselesaikan atau disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Tips ini selalu digunakan pelajar cemerlang dalam menguruskan masa selain dari jadual harian yang tersusun.

Lihat gambar di atas ni , ni  kita panggil "To Do List" yang mana ia digunakan untuk menyiapkan kerja harian,mingguan,bulanan atau tahunan.

Untuk pelajar, balik saja dari sekolah, sebelum nak mula study atau buat kerja sekolah , terus buat "To Do List" ni supaya kita tak lupa apa yang perlu buat. Kang terlupa kena marah cikgu hehe.

Bila dah siap satu kerja tanda saja di kotak itu, ikutlah nak letak tanda right ka , bulat hitam ka, terpulang cara masing2.

Nampak simple tapi berkesan dalam menguruskan masa. Tapi kena pastikan kerja mana yang lebih penting ya . Baru mula buat kerja

Kalau nak download borang "To Do List" , klik sini -----> http://bit.ly/BorangToDoList

Print ja banyak2, 100 keping baru RM3 , cari kedai photostat yang 3 sen sekeping tu.

Selamat mencuba. :)

Friday, 2 January 2015

Salam Maulidur Rasul 1436 H

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul 1436 H .


Biodata Nabi Muhammad S.A.W

NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Gholib bin Fihir bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan

TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.

TARIKH LAHIR : Subuh Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.

NAMA IBU : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.

PENGASUH PERTAMA : Barakah al-Habsiyah.

NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

NAMA IBU SUSUAN KEDUA : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.

GELARAN : Al-Amin atau yang dipercayai.

NAMA ISTERI PERTAMA : Siti Khadijah.

UMUR KETIKA BERKAHWIN : 25 tahun.

NAMA DATUK : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.

NAMA BAPA SAUDARA : Abu Talib.

UMUR DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.

MULA MENERIMA WAHYU : 610 Masihi.

BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI : 3 tahun.

BERDAKWAH SECARA TERANG : 10 tahun.

TARIKH HIJRAH KE MADINAH : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Berumur 53 tahun / 624 Masihi.

TARIKH WAFAT : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.

UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.

KUBUR : Madinah Al-Munawarah










*Mohon tegur jika ada kesalahan pada biodata Nabi S.A.W

Thursday, 1 January 2015

Tarikh Mula Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Takziah admin ucapkan kepada seluruh negeri yang terlibat dengan banjir yang luar biasa tahun ini.
Untuk makluman semua, tarikh mula persekolahan sesi 2015 ditangguhkan pada 11 / 12 Januari 2015 seperti yang tercatat di laman web rasmi Kementerian Pendidikan ini:-















Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4559&page%3D1%26keyword%3D%26