Friday 11 December 2015

Format Baru UPSR Bahasa Inggeris 2016

PUTRAJAYA: Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penulisan dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh.

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dilaksanakan dengan format baharu bermula tahun depan.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh berkata, beberapa perubahan telah dibuat sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta bagi membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Beberapa penambahbaikan dan perubahan dibuat dalam format baru yang bakal dipraktikkan untuk pertama kali kepada kira-kira 450,000 calon UPSR tahun depan.

Antaranya dari aspek item dalam kertas pemahaman bagi subjek bahasa, yang mana soalan objektif aneka pilihan dikurangkan dan ditambah dengan soalan objektif pelbagai bentuk.

Subjek bahasa Inggeris juga akan digred dalam dua kertas, iaitu kertas Pemahaman dan kertas Penulisan seperti subjek bahasa lain.

Ia bermakna keseluruhan kertas yang perlu diduduki calon sekolah kebangsaan adalah enam, berbanding lima sebelum ini, sementara calon sekolah vernakular akan menduduki lapan kertas berbanding tujuh sebelum ini.


Selain itu, tahap kecemerlangan murid turut diukur bukan sahaja berdasarkan peperiksaan yang diduduki, tetapi juga menerusi laporan penilaian berbentuk deskriptif yang dibuat guru melibatkan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

"Format UPSR yang akan mula diguna pakai bermula 2016 ini merupakan satu daripada pelaporan akhir pendidikan rendah seluruh negara yang lebih menyeluruh, komprehensif dan bermakna.
"Kita bukan hanya mahu melihat sama ada murid kita mendapat bilangan A yang banyak, tetapi sejauh mana ilmu itu diperoleh dan kemahiran dibangunkan serta bagaimana nilai diterap dalam diri anak-anak kita. Itu lebih penting", jelasnya dalam sidang media pengumuman format baharu UPSR di Putrajaya.

Untuk melihat contoh instrumen dan format baru UPSR, orang ramai boleh melayari laman web www.lp.edu.my http://www.lp.edu.my. 
 
 
sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kertas-bi-upsr-dipecah-kepada-dua-gred-mulai-2016-lembaga-peperiksaan-74755

No comments:

Post a Comment