Format Terkini UPSR Tahun 2016 mula
digunakan bermula tahun 2016 ini dengan beberapa penambahbaikan. Dipetik dari
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan Format Terkini UPSR Tahun 2016
ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan
akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Format Terkini UPSR Tahun 2016 akan
membabitkan 6 matapelajaran dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada 2
kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan
akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A.
Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk
maksimum 8A.
Format
Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.
Informasi
Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016
§ -Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada
dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
§ -Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran
bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan
Penulisan
§ - Memasukkan ujian subjektif dan objektif
pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa
berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
§ - UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon
menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
§ - UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100
peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon
menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Berikut dikongsikan Format dan
Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang
telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016
Format Mata Pelajaran Sains UPSR
2016
Format Mata Pelajaran Matematik UPSR
2016
INSTRUMEN CONTOH Format Baru UPSR
2016
§ SAINS SK
sumber :
http://www.sistemguruonline.my/2015/10/format-baru-upsr-2016.html
No comments:
Post a Comment